Assalamualaikum,
lama sudah tak menulis di alam maya ni. Sejak akhir akhir ni hendak karang surat pun bukan main payah lagi. Yelah asyik dengan nombor dan sistem akaun saja 5 tahun ni...
Ok, malam ni terasa nak menulis tentang pengalaman baru aku no. Harapnya perkara ini tidak menjadi kesalahan kot.. sebelum ni memang ada blog tapi dah lama delete. Ni aku nak cerita pengalaman aku yang boleh dikatakan membuak buak nak balik kedah.. pasaipa tak tau. Mungkin sebab manja kot. Nak dok dekat dengan mak
5 Tahun Pengalaman di Penang
Ok sebenarnya aku sejak grad dari USM Ogos 2010 sampai lah 13 April 2015 memang aku kerja di Penang saja. Puas juga la apply kerja sana sini nak balik mai kedah. Nak cerita sikit pengalaman kerja aku. Hihini
Penolong Juruaudit di AljefriDean
ok elok saja grad aku terus di tawarkan kerja tetap di AljefriDean Penang. 6 bulan aku kerja di sana aku resign sebabnya aku rasa pendapatan aku sikit tak setanding kawan kawan aku yang kerja di Kl. Ex buah hati pun jenuh jugak memujuk cari peluang kerja di sana.. tapi aku yang degil ni memang payah la kan. Tula orang kata kita kena sabar. Sebelum resign aku dah apply KCS melalui website SPA Kedah. Masa tu sungguh tak tau apa apa tak tau nak rujuk sapa dan ingat KCS ni hanyalah macam kerja gov yang biasa2. Lepas p interview aku tau dah harapan tipis. Jadi tak dapat. Ok balik kepada tadi.. lepas balik rumah sebagai pengangur hati tak tenang sebab 6 bulan ada duit sendiri tiba2 xdak pendapatan.
Junior Auditor di RM Easy Mgt Services
Tapi Alhamdullilah sebab lepas 8 hari tak silap aku, aku apply satu job junior auditor di RM Easy Mgt Services. Esoknya terus yang dikatakan pengurus situ call. Lusanya aku dah ada di Penang. Ingat interview rupanya terus offer kerja. Haha gaji ok la naik sikit. Lebih kurang 3 tahun juga aku turun naik timba ilmu dengan company kecik ni. Masuk dengan sorang sorang kena start balik bahagian audit dengan di pantau oleh bos. Boleh dikatakan aku start belajaq dengan fail fail sahaja. Ishh bila pikiaq balik tabah juga masa tu. Masa tu la p kerja dengan bas, time hujan air hujan perci, bila moto lalu tepi , dengan company ni jugaklah aku dapat beli kereta. Rezeki. Walaupun gaji sikit, kadang kadang bayaq pun lewat tapi comp ni banyak ajar aku dengan bos banyak share ilmu dengan pekerja. Lepas 3 tahun aku mula pikiaq. Sampai bila nak duduk lagu ni. Bayang kan umur dah semakin meningkat duit apa tak dapat kumpul lagi.
Costing Akauntan di Kilang
Akhirnya aku nekad aku apply kilang pulak di bukit minyak tak silap aku. Baru dua minggu kerja ex client audit masa di RM easy tu ajak aku kerja dengan depa.. yelah akauntan depa pun dah pindah dan pengganti tu pun nak resign dah dan aku pun rasa environment kilang yang agak stress dengan sikap ni tak sesuai dengan aku.
Akauntan di Mivs Travel
Jadi 2 Januari 2014 aku lapor diri di Mivs Travel sebagai akauntan. Tugas aku memang kena handle keseluruhan proses akaun tu sehinggalah boleh keluarkan penyata kewangan untuk hantaq audit. Banyak jugak aku belajaq kat sini.. tapi semangat nak balik kedah tu sangat menebal. Masa di sini aku beli motor pulak.. rasa tak larat nak bawak keta nak hadap jem apa semua.
Dan 15 April 2015 aku lapor diri di SPA kedah sebagai KCS. Akhirnya impian aku nak balik kedah termakbul.
Ok panjang pulak cerita pasai 5punya kerja. Nanti aku sambung kisah di kedah buat kenang kenangan di kemudian hari.
Assalamualaikum.
Amin Aziz
Hutan Kampung
No comments:
Post a Comment